Ya ! Kerana impian yang tidak ditulis, ia adalah angan-angan. Tetapi, jika kita menulis impian kita, ia akan menjadi satu matlamat. Otak kita akan start fikir bagaimana nak capai? Ini akan menarik macam2 benda untuk membantu kita mencapai apa yang kita nak capai. Fizikal kita akan mula bertindak bila jalan semakin nampak dan terbuka luas. Semua ni adalah asbab dengan izin Allah yang Maha Berkuasa untuk memakbulkan segala doa2 kita. Impian ini juga adalah salah satu cara kita berdoa!
Pertama kali saya belajar menulis impian semasa program IMKK, Dr. Azizan Osman. SubhanAllah.. menulis impian ini benar-benar membuat saya rasa takjub kerana satu persatu impian yang tersenarai tu tercapai. Syukur Alhamdulillah :)
Anda yang belum mula menulis impian, sangat bagus jika anda mulakannya sekarang!
Jika kita menulis impian, kita benar2 jelas dengan apa yang ingin dicapai dan energi pun luar biasa mengejar impian tersebut satu persatu sampai jadi..insyaAllah :)
Jika anda rasa 'blur' bagaimana nak mula menulis impian. Bukan sebab kita tak tahu apa impian kita, tapi impian2 tu masih berserabut dalam kepala kita.. jadi kita kena belajar bagaimana keluarkan dalam bentuk tulisan dan susun satu persatu..insyaAllah :)
Saya bagi beberapa TIPS MENULIS IMPIAN yang saya buat.
1. TAIP DAN PRINT
- Tulis impian2 kita dengan menaipnya dalam Microsoft Word. Bila taip, mudah untuk betulkan mana yang salah kan. Dah betul2 siap, baru kita print.
- Tulisan impian2 kita akan nampak lebih kemas dan teratur. Kita pun semakin bermotivasi untuk mencapainya. Betul tak? :)
2. SUSUN MENGIKUT BAHAGIAN2 KECIL
- Impian yang saya susun mengikut bahagian2 tertentu iaitu Peribadi, Karier/Perniagaan dan Sumbangan pada masyarakat.
- Bahagian Peribadi : Lebih pada apa yang saya nak untuk bantu keluarga saya dan diri saya sendiri. Nak melancong ke mana, nak kereta jenis apa, nak rumah yang bagaimana, nak handbag jenama apa, nak langsaikan hutang ke.. apa2 je yang kita impikan untuk jadi kenyataan :)
- Bahagia Karier/Bisnes : Fokus dengan perkembangan yang kita nak dalam karier/bisnes. Nak hasil jualan berapa? Macam saya, nak buka cawangan Butik Muslimah Unggul di setiap Daerah di Sabah ni. Contohnya macam tu la :)
- Bahagian Sumbangan Kepada Masyarakat: Fokus kepada contribution ataupun sumbangan kita kepada masyarakat. Contoh, nak bina sekolah tahfiz ke.. nak edar barangan asas setiap hari ke.. apa2 saja sumbangan yang kita nak dan boleh beri kita tulis.
3. LEKAT ATAU PAMER DI TEMPAT YANG KITA SELALU NAMPAK
- Selepas dah taip cantik2 dan print tu, jangan simpan dan sorokkan pula. Kita mesti letak samada nak lekat di dinding atau meja. Yang penting, kita mudah untuk tengok dan baca selalu. Sebaiknya, baca seminggu sekali untuk kita remind diri kita untuk tidak berhenti bertindak.
Bila impian ditulis, hidup kita lebih bermatlamat. Dan, pada saya, menulis impian juga satu terapi hati dan minda untuk lebih kuat dengan apa yang saya rasa dan buat sekarang ini.
Jika apa yang kita FIKIR, RASA, CAKAP & BUAT benar-benar selari keyakinannya bahawa kita boleh capai sesuatu yang kita mahu dalam hidup ini..insyaAllah saat inilah doa kita mudah makbul kerana apa yang kita fikir, rasa , cakap dan buat .. semua ini adalah DOA!
Firman Allah... "Mintalah dengan AKU. Nescaya akan AKU perkenankan"
Jom tulis impian! :)
Jika apa yang kita FIKIR, RASA, CAKAP & BUAT benar-benar selari keyakinannya bahawa kita boleh capai sesuatu yang kita mahu dalam hidup ini..insyaAllah saat inilah doa kita mudah makbul kerana apa yang kita fikir, rasa , cakap dan buat .. semua ini adalah DOA!
Firman Allah... "Mintalah dengan AKU. Nescaya akan AKU perkenankan"
Jom tulis impian! :)
No comments:
Post a Comment