Saturday, March 31, 2018

USAH SIBUK HAL ORANG LAIN!

Orang yang sibuk tentang orang lain.. takkan ada masa untuk check kesilapan diri sendiri.

Ayat "Hari ini lebih baik dari semalam" hanya tinggal ayat penyedap hati saja tanpa amalan!

Sekadar peringatan bersama sebab ramai yang lupa mengutamakan perkara2 yang lebih utama.

Lepas tu, mengeluh sendiri bila tiada peningkatan dalam hidup. Paling 'dahsyat', hidupnya yang tak berubah tu  pun, dia nak salahkan orang lain juga.

Salah kawan dengki la... salah family tak support.. salah kerajaan tak bagi bantuan !

Asyik salahkan orang lain tak akan ubah apa2 peningkatan dalam hidup kita.. asyik cari dan bercakap pasal kesilapan orang lain takkan boleh bayar bil2 air, elektrik, astro yang terus berjalan tu 😊

Attitude sangat penting!
Jaga hati.. jaga emosi.. jaga hak2 Allah.. jaga hak2 manusia lain.. semua ni akan menarik segala benda2 positif dekat dengan kita 😊


Rezeki tak disangka2 akan datang dari pelbagai penjuru!

Rezeki anak2 sihat, cemerlang & berakhlak mulia...
Rezeki kereta tak meragam
Rezeki kefahaman ilmu bermanfaat
Dan banyak lagi...

Semua ni rezeki.. tak semestinya duit...
Cuma perlu rasa kesyukuran baru boleh nampak banyaknya nikmat yang Allah bagi .. kadang kita tak sedar.. kadang kita lupa.. sebab tu hati tak tenang... sebab tu excited cerita pasal silap orang lain.. Lupa bersyukur!

Dengan bersyukur, rezeki akan dilipatgandakan... tapi, kalau yang sedikit pun kita tak tahu nak syukur.. bagaimana Allah nak bagi banyak ???

Kita takkan mampu pikul 'beban' kekayaan yang kita idam2kan tu.. kalau attitude kita tidak layak memikul beban kekayaan itu. Sebab tu, orang2 berjaya kata, sebelum kaya harta, kena kaya jiwa dulu!

Kekayaan wang atau harta ni.. makin kita kejar lagi dia lari..
Tapi kalau kekayaan jiwa yang diutamakan... wang & harta tu pula yang x putus2  datang dari pelbagai penjuru 😊

Saya menulis utk ingatkan diri saya sendiri .. kalau anda rasa bermanfaat juga buat diri anda .. ambillah jadikan pedoman kita bersama 😊

InsyaAllah semua dengan izinNya jua...

Penghujung Mac yang awesome.. semoga April lebih baik daripada Mac.. aamiin ya Rabb 😊

Thursday, March 15, 2018

TIPS PENTING UNTUK MENCAPAI IMPIAN

Antara langkah awal untuk berikhtiar dalam nak ubah hidup ke arah yang lebih baik ialah dengan belajar berimpian. Dan, semua impian2 itu perlu ditulis jika kita nak impian kita tercapai. Impian yang tidak ditulis, insyaAllah tak tercapai!

Ya ! Kerana impian yang tidak ditulis, ia adalah angan-angan. Tetapi, jika kita menulis impian kita, ia akan menjadi satu matlamat. Otak kita akan start fikir bagaimana nak capai? Ini akan menarik macam2 benda untuk membantu kita mencapai apa yang kita nak capai. Fizikal kita akan mula bertindak bila jalan semakin nampak dan terbuka luas. Semua ni adalah asbab dengan izin Allah yang Maha Berkuasa untuk memakbulkan segala doa2 kita. Impian ini juga adalah salah satu cara kita berdoa!

Pertama kali saya belajar menulis impian semasa program IMKK, Dr. Azizan Osman. SubhanAllah.. menulis impian ini benar-benar membuat saya rasa takjub kerana satu persatu impian yang tersenarai tu tercapai. Syukur Alhamdulillah :)

Anda yang belum mula menulis impian, sangat bagus jika anda mulakannya sekarang!
Jika kita menulis impian, kita benar2 jelas dengan apa yang ingin dicapai dan energi pun luar biasa mengejar impian tersebut satu persatu sampai jadi..insyaAllah :)

Jika anda rasa 'blur' bagaimana nak mula menulis impian. Bukan sebab kita tak tahu apa impian kita, tapi impian2 tu masih berserabut dalam kepala kita.. jadi kita kena belajar bagaimana keluarkan dalam bentuk tulisan dan susun satu persatu..insyaAllah :)

Saya bagi beberapa TIPS MENULIS IMPIAN yang saya buat.

1. TAIP DAN PRINT

  • Tulis impian2 kita dengan menaipnya dalam Microsoft Word. Bila taip, mudah untuk betulkan mana yang salah kan. Dah betul2 siap, baru kita print. 
  • Tulisan impian2 kita akan nampak lebih kemas dan teratur. Kita pun semakin bermotivasi untuk mencapainya. Betul tak? :)
2. SUSUN MENGIKUT BAHAGIAN2 KECIL
  • Impian yang saya susun mengikut bahagian2 tertentu iaitu Peribadi, Karier/Perniagaan dan Sumbangan pada masyarakat.
  • Bahagian Peribadi : Lebih pada apa yang saya nak untuk bantu keluarga saya dan diri saya sendiri. Nak melancong ke mana, nak kereta jenis apa, nak rumah yang bagaimana, nak handbag jenama apa, nak langsaikan hutang ke.. apa2 je yang kita impikan untuk jadi kenyataan :)      
  • Bahagia Karier/Bisnes : Fokus dengan perkembangan yang kita nak dalam karier/bisnes. Nak hasil jualan berapa? Macam saya, nak buka cawangan Butik Muslimah Unggul di setiap Daerah di Sabah ni. Contohnya macam tu la :) 
  • Bahagian Sumbangan Kepada Masyarakat: Fokus kepada contribution ataupun sumbangan kita kepada masyarakat. Contoh, nak bina sekolah tahfiz ke.. nak edar barangan asas setiap hari ke.. apa2 saja sumbangan yang kita nak dan boleh beri kita tulis. 
3. LEKAT ATAU PAMER DI TEMPAT YANG KITA SELALU NAMPAK

  • Selepas dah taip cantik2 dan print tu, jangan simpan dan sorokkan pula. Kita mesti letak samada nak lekat di dinding atau meja. Yang penting, kita mudah untuk tengok dan baca selalu. Sebaiknya, baca seminggu sekali untuk kita remind diri kita untuk tidak berhenti bertindak.


Bila impian ditulis, hidup kita lebih bermatlamat. Dan, pada saya, menulis impian juga satu terapi hati dan minda untuk lebih kuat dengan apa yang saya rasa dan buat sekarang ini.

Jika apa yang kita FIKIR, RASA, CAKAP & BUAT benar-benar selari keyakinannya bahawa kita boleh capai sesuatu yang kita mahu dalam hidup ini..insyaAllah saat inilah doa kita mudah makbul kerana apa yang kita fikir, rasa , cakap dan buat .. semua ini adalah DOA!

Firman Allah... "Mintalah dengan AKU. Nescaya akan AKU perkenankan"

Jom tulis impian! :)